SL1M: Skim Latihan 1 Malaysia di Khazanah Nasional



Skin Latihan 1 Malaysia Khazanah Nasional

SL1M (Skim Latihan 1Malaysia) ialah program meningkatkan tahap kebolehpasaran (employability) atau keupayaan graduan untuk mendapat pekerjaan dengan kerjasama Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan swasta yang melaksanakan program SL1M sebagai Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

Saya tidak menganggur. Adakah saya layak memohon?

Ya! Golongan yang layak memohon:
  • Graduan berwarganegara Malaysia
  • Graduan tidak mendapat pekerjaan selepas 6 bulan menerima Ijazah atau selepas menerima transkrip keseluruhan.
  • Graduan yang telah bekerja tetapi tidak setaraf dengan kelayakan atau gaji yang diterima.
  • Graduan berkelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dan ke atas.
  • Graduan lepasan Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau selain daripada Kerajaan Malaysia
  • Keutamaan diberikan kepada graduan luar bandar yang datang dari keluarga berpendapatan rendah.
  • Graduan mestilah berdaftar di JobsMalaysia atau Kementerian Sumber Manusia
  • Kelebihan SL1M

Setiap peserta akan diberikan elaun bulanan RM1,000 ke atas selama 12 bulan (maksimum) dan tempat tinggal disediakan.

Latihan ini akan mengambil masa 2 bulan untuk kemahiran latihan insaniah (soft-skills training) dan sekurang-kurangnya 6 bulan untuk latihan industri (on-job-training) yang disahkan oleh EPU, JPM
Syarikat yang layak menyertai program diarahkan agar memastikan bahawa graduan mendapat pekerjaan sebelum tamat program latihan ini. (Dengan syarat, graduan/peserta tidak melanggar apa-apa peraturan syarikat & memenuhi syarat-syarat kelayakkan syarikat itu).

Untuk memohon SL1M di Khazanah Nasional, hantar resume anda ke Laman Web Khazanah Nasional di sini.

Share this :

Previous
Next Post »