Permohonan BR1M 2016 KATEGORI e-KASIH

BR1M kategori e-Kasih

S: Apakah syarat penerima BR1M 2016 dalam kategori e-KASIH 
(RM1,050)?


J: Pemohon BR1M bagi kategori e-KASIH layak menerima amaun BR1M RM1,050 sekiranya melepasi syarat berikut:
i. Pemohon BR1M 2016 yang tersenarai sebagai penerima eKASIH dengan status daftar e-KASIH yang telah disahkan sehingga 6 November 2015;
dan
ii. Permohonan BR1M 2016 dengan kategori Isi Rumah;
dan
iii. Melepasi syarat kelayakan BR1M 2016 semasa semakan agensi;
dan
iv. Pendapatan isi rumah (tidak termasuk bantuan lain yang diterima) adalah RM1,000 ke bawah.

S:Saya merupakan penerima e-KASIH. Adakah saya perlu memohon untuk mendapatkan BR1M 2016?


J: Ya. Anda perlu membuat Permohonan BR1M 2016 dan semakan akan dibuat berdasarkan agensi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) bagi penentuan kelayakan BR1M 2016.


S: Adakah pemohon BR1M 2016 yang berdaftar dengan e-KASIH akan terus layak menerima bantuan BR1M 2016 dalam kategori eKASIH (RM1,050)?


J: Tidak. Permohonan anda akan disemak terlebih dahulu dengan agensi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF). Sekiranya melepasi syarat kelayakan dan pendapatan isi rumah (tidak termasuk bantuan lain yang diterima) adalah RM1,000 ke bawah, pemohon akan layak amaun bantuan BR1M 2016 sebanyak RM1,050. Jika tidak melepasi syarat kelayakan kategori e-KASIH, pemohon hanya layak bantuan BR1M 2016 berdasarkan kategori sedia ada.


S: Saya penerima e-KASIH dan telah menerima BR1M 2015. Adakah saya perlu membuat permohonan semula bagi mendapatkan bantuan BR1M 2016 dalam kategori e-KASIH (RM1,050)?


J: Tidak. Anda hanya perlu mengemas kini maklumat terkini BR1M 2016.


S: Saya telah mendaftar e-KASIH pada 1 November 2015 dan status daftar e-KASIH telah disahkan pada 6 November 2015. Adakah saya tersenarai sebagai pemohon BR1M yang layak mendapat bantuan BR1M 2016 dalam kategori e-KASIH (RM1,050)?


J: Ya. Anda tersenarai sebagai kategori e-KASIH, walau bagaimanapun semakan kelayakan adalah berdasarkan jawapan bagi soalan No. 1.


S: Saya telah mendaftar e-KASIH pada 4 November 2015 dan status daftar e-KASIH telah disahkan pada 7 November 2015. Adakah saya tersenarai sebagai pemohon BR1M 2016 yang layak mendapat bantuan BR1M 2016 dalam kategori e-KASIH (RM1,050)?


J: Tidak. Permohonan anda akan diproses sebagai penerima BR1M 2016 bagi kategori BR1M 2016 selain e-KASIH. Ini kerana status daftar eKASIH anda hanya disahkan pada 7 November 2015.


S: Saya adalah penerima e-KASIH. Semasa permohonan BR1M 2015, saya memohon dengan kategori Bujang. Adakah saya layak untuk mendapat BR1M 2016 dalam kategori e-KASIH (RM1,050)?


J: Tidak. Anda hanya layak bagi kategori Bujang jika melepasi syarat kelayakan.


S: Bagaimanakah cara untuk menyemak status saya sebagai penerima e-KASIH?


J: Anda boleh membuat semakan status seperti berikut:
i. Laman web e-KASIH https://e-KASIH.icu.gov.my;
dan
ii. Hubungi Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU JPM), Pejabat Pembangunan Negeri atau Jabatan Pembangunan Persekutuan (PPN / JPP – Bahagian atau Unit Kesejahteraan Rakyat) 

Share this :

Previous
Next Post »