Kalkulator Belanjawan Oleh Bank Negara Malaysia



Kalkulator Belanjawan oleh Bank Negara Malaysia adalah satu alat yang amat mudah digunakan, bagi membantu merancang perbelanjaan bulanan kita. Ianya adalah dalam bentuk Excel. Anda hanya perlu memasukkan pendapatan anda (seperti gaji, dividen, bonus dan lain-lain), dan juga perbelanjaan anda secara bulanan (seperti rumah, kereta, kad kredit, bil dan lain-lain). Setelah memasukkan info tersebut, kalkulator akan dapat mengira secara automatik, lebihan ataupun defisit pendapatan anda.

Kalkulator ini sangat berguna kerana melaluinya, anda dapat:
  • Menjejak perbelajaan anda.
  • Mengenalpasti perbelanjaan terbesar anda agar dapat diseimbangkan dengan pendapatan.
  • Menyimpan rekod bulanan yang dapat dirujuk, samada secara softcopy atau cetakan.
  • Merancang perbelanjaan masa depan agar sentiasa dibawah kemampuan anda.

Kalkulator Belanjawan ini boleh dimuat turun disini (format Excel).

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.bankinginfo.com.my/

Share this :

Previous
Next Post »