3 Laman Web Anda Perlu Tahu Dalam Membandingkan Produk Kewangan Di Malaysia

Image by ~ezs

Proses memilih produk kewangan, seperti pinjaman perumahan, pinjaman peribadi, kad kredit, insurans dan pelbagai yang lain adalah suatu proses yang amat rumit. Sememangnya kita meninginkan pilihan yang terbaik yang menawarkan pakej yang terbaik bagi situasi kita yang tersendiri.

Setiap produk kewangan selalunya memberikan kelebihan tertentu bagi menarik minat kita. Akan tetapi, tahukah kita produk yang mana satu adalah yang terbaik? Produk mana yang memberi kadar faedah terendah, ataupun bonus-bonus sampingan yang menguntungkan?

Setiap pilihan anda menentukan seberapa banyak penjimatan atau kelebihan yang anda perolehi. Pada jangka masa yang panjang, anda akan terkejut seberapa banyak penjimatan yang anda dapat, jika anda meluangkan sedikit masa mengkaji produk-produk kewangan tersebut sebelum membuat keputusan.

Bagi membantu anda membuat keputusan tepat, kami menyenaraikan 3 laman web yang anda perlu tahu dalam membuat perbandingan produk-produk kewangan di Malaysia. Ketiga-tiga laman ini amat mudah digunakan, menjimatkan masa (tidak perlu ke cawangan untuk mendapatkan info), sentiasa terkemaskini, percuma dan menunjukkan banyak informasi yang dapat membantu anda membuat pilihan bijak:

---------------------------------------------------------------------------------

1. iMoney


iMoney menawarkan maklumat kewangan dalam 2 bahasa (English dan Bahasa Malaysia). Antara produk-produk yang dibandingkan adalah seperti:
  • Pinjaman (perumahan, peribadi, ASB, kenderaan)
  • Kad kredit
  • Produk pelaburan (fixed deposit, simpanan, pelaburan emas dan share)
  • Insuran (kenderaan, peribadi dan perjalanan)

Selain itu, iMoney juga menawarkan alat-alat yang dapat membantu anda dari segi perancangan kewangan seperti kalkulator cukai, kalkulator pinjaman perumahan, kalkulator RPGT (Real Property Gain Tax), serta kalkulator pembiayaan semula pinjaman perumahan.

Untuk maklumat lanjut dan perkhidmatan lain iMoney, sila layari http://www.imoney.my

---------------------------------------------------------------------------------


2. SaveMoney


SaveMoney menawarkan banyak alat-alat perbandingan yang sangat berguna. Antaranya adalah
  • Perbankan (akaun semasa dan pemindahan wang)
  • Akaun Simpanan (simpanan anak, warga emas, SSPN, fixed depost dan banyak lagi)
  • Insurans (insurans nyawa, SOCSO, perubatan, kenderaan)
  • Kad Kredit dan Debit (perbandingan cashback, dining, cashback, penerbangan dan balance transfer)
  • Pinjaman (PTPTN, peribadi, kenderaan, SPP1M - Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia, pendidikan)
  • Persaraan (skim persaraan swasta, KWSP)

Selain itu, SaveMoney menawarkan lebih banyak sumber rujukan untuk teknologi (alat mudah alih), perjalanan dan pelancongan, percukaian, maklumat kewangan kerajaan, info beli-belah, serta maklumat hartanah. Tidak cukup dengan itu, SaveMoney juga menawarkan forum dimana orang ramai boleh berkongsi pendapatan mengenai topik-topik kewangan di Malaysia.

Untuk perkhidmatan penuh SaveMoney, sila layari http://www.savemoney.my

---------------------------------------------------------------------------------


3. CompareHero


CompareHero memberikan banyak maklumat kewangan yang dapat membantu anda. Anataranya adalah:
  • Kad Kredit (perbandingan dan maklumat lain)
  • Broadband (perbandingan pakej-pakej broadband)
  • Pinjaman (perumahan dan peribadi)
  • Deposit (akaun semasa, simpanan, fixed deposit serta kad debit)
  • Komunikasi (pakej mobile, postpaid, prepaid)
  • Insurans (peribadi, perubatan serta perjalanan)

Selain itu, CompareHero juga memberikan maklumat melalui blog. Untuk maklumat lanjut. sila layari http://www.comparehero.my

---------------------------------------------------------------------------------
Ketiga-tiga laman web diatas memberikan maklumat secara percuma, tertakluk kepada syarat dan terma masing-masing.

Diharapkan informasi ini akan dapat sedikit sebanyak membantu anda membuat pilihan kewangan yang bijak, dengan mudah dan cepat. Selamat mencuba!

Share this :

Previous
Next Post »