Kelayakan BR1M 2017






  SYARAT KELAYAKAN
  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  • Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
  • Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
  • Penerima e-Kasih perlu membuat permohonan BR1M 2017.

Kemukakan Salinan:
  1. MyKad bagi pemohon
  2. MyKad / MyPR / MyKid / Sijil Lahir / Pasport bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)
  3. Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia. 

Penerima Kad Debit Pelajar TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2017.

Permohonan BR1M 2017 boleh dibuat di Portal Rasmi BR1M LHDNM di sini.
Read More

Permohonan BR1M 2017


PERMOHONAN BARU DAN KEMAS KINI BR1M 2017


1. S: Bilakah pendaftaran BR1M 2017? 

J: Pendaftaran BR1M 2017 bermula pada 05 Disember 2016 hingga 31 Disember 2016 (tertakluk kepada pindaan). 


2. S: Siapakah yang layak membuat Permohonan BR1M 2017? 

J: Pemohon yang layak membuat permohonan BR1M 2017 perlulah memenuhi syarat seperti berikut: 

i. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
ii. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
iii. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
iv. Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
v. Tidak termasuk pelajar yang menerima Kad Debit Pelajar. 


3. S: Bagaimana cara untuk saya membuat Permohonan BR1M 2017? 

J: Anda boleh membuat Permohonan BR1M 2017 dengan mengisi Borang BR1M 2017 sama ada secara dalam talian atau melalui borang.
i. Permohonan Dalam Talian Permohonan BR1M 2017 boleh dibuat di Portal Rasmi BR1M LHDNM, https://ebr1m.hasil.gov.my. Permohonan dalam talian hanya boleh dibuat menggunakan komputer sahaja dan simpan salinan permohonan bagi tujuan rekod pendaftaran. Aplikasi e-BR1M tidak direka bentuk untuk capaian peranti mudah alih.
ii. Permohonan Melalui Borang Borang BR1M 2017 boleh didapati secara percuma di:
a. Portal Rasmi BR1M LHDNM
b. Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM 


4. S: Di mana saya boleh menghantar Borang BR1M 2017 yang telah lengkap diisi? 

J: Anda boleh menghantar Borang BR1M 2017 di kaunter-kaunter berikut:
i. Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
ii. Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP)
iii. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)
iv. Pejabat Daerah / Pejabat Residen Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima. 


5. S: Apakah dokumen yang perlu dikemukakan bersama Borang BR1M 2017? 

J: Salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / tanggungan (jika berkaitan) yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut: i. Pengenalan (MyPR / MyKid / Pasport / Sijil Lahir) ii. Sijil perceraian pemohon / sijil kematian pasangan bagi pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda iii. Sijil perceraian / sijil kematian ibu atau bapa tanggungan dan sijil lahir tanggungan (bagi kategori bujang ada tanggungan) 


6. S: Semasa BR1M 2016, saya telah kemukakan salinan pengenalan pasangan / tanggungan. Adakah saya perlu kemukakan semula bagi Permohonan Kemas Kini BR1M 2017? 

J: Tidak perlu sekiranya maklumat pasangan / tanggungan adalah sama dan tiada perubahan kecuali sekiranya pasangan / tanggungan menggunakan pengenalan Pasport, dimana tuan perlu kemukakan semula salinan pengenalan pasport yang lengkap ke Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran. 


7. S: Bagaimanakah saya hendak kemukakan dokumen sokongan sekiranya Borang BR1M 2017 telah dihantar sebelum ini? 

J: Anda boleh mengemukakan dokumen sokongan yang diperlukan ke Cawangan LHDNM yang berhampiran dengan mengisi Borang Serahan Dokumen Sokongan BR1M 2017 (BK-17) yang boleh diperolehi di Cawangan LHDNM / muat turun di Portal Rasmi BR1M LHDNM. Pastikan anda mendapat keratan Akuan Penerimaan Permohonan BR1M 2017 apabila menghantar borang tersebut sebagai rekod penyerahan. Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima. 


8. S: Saya telah menghantar Permohonan BR1M 2017 secara dalam talian. Perlukah saya kemukakan dokumen sokongan? 

J: Ya. Anda perlu kemukakan dokumen sokongan yang diperlukan sekiranya terdapat mesej peringatan penghantaran salinan dokumen sokongan yang dipaparkan semasa permohonan dalam talian dibuat. Kaedah penghantaran dokumen sokongan adalah seperti jawapan bagi soalan No. 7. 


9. S: Saya telah membuat Permohonan BR1M 2017 secara manual dengan menghantar Borang BR1M 2017 ke Cawangan LHDNM. Adakah saya boleh mengemas kini semula permohonan secara dalam talian? 

J: Tidak. Kemas Kini secara dalam talian tidak dibenarkan sekiranya tuan telah menghantar permohonan baru / kemas kini secara manual ke Cawangan LHDNM yang berhampiran dan kemasukan data ke sistem BR1M telah dibuat oleh LHDNM. Oleh itu, sebarang kemas kini selanjutnya berkaitan permohonan BR1M, tuan perlu kemukakan semula Borang BR1M 2017 ke Cawangan LHDNM yang berhampiran. 


10. S: Adakah penerima BR1M 2016 perlu memohon semula? 

J: Penerima BR1M 2016 perlu mengemas kini maklumat terkini BR1M 2017 pemohon seperti Status Perkahwinan, No. Telefon, Maklumat Akaun Bank (Persendirian), Alamat Surat-Menyurat Terkini, Maklumat Isi Rumah dan Maklumat Waris secara dalam talian di Portal Rasmi BR1M LHDNM atau mengisi Borang BR1M 2017. 


11. S: Saya adalah penerima BR1M 2016 dan tiada maklumat yang perlu dikemas kini. Adakah saya perlu mengemas kini permohonan BR1M 2017? 

J: Penerima BR1M 2016 yang tiada maklumat untuk dikemas kini adalah digalakkan untuk mengisi borang permohonan BR1M 2017 semula. Kegagalan dalam menghantar borang permohonan BR1M 2017 akan menyebabkan permohonan pihak tuan berkemungkinan tidak akan diproses (tertakluk kepada arahan MoF). 


12. S: Jika penerima BR1M 2016 telah meninggal dunia, adakah ahli isi rumah / waris layak menerima BR1M 2017? 

J: Isi rumah / waris tidak layak menerima BR1M 2017 kerana penerima BR1M 2016 telah meninggal dunia. Isi rumah / waris perlu membuat Permohonan Baru BR1M 2017 jika melepasi syarat kelayakan. 


13. S: Saya telah bercerai pada pertengahan tahun 2016. Nama saya telah dimasukkan sebagai pasangan kepada bekas suami saya semasa permohonan BR1M 2017. Adakah saya boleh membuat Permohonan BR1M 2017? 

J: Boleh. Anda perlu membuat permohonan baru BR1M 2017 dengan status Ibu / bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda dan memasukkan tarikh perceraian. Salinan sijil perceraian yang sah perlu dikemukakan ke Cawangan LHDNM yang berhampiran. 


14. S: Saya telah bercerai pada pertengahan tahun 2016 dan telah berkahwin semula baru-baru ini. Nama saya masih dikekalkan sebagai pasangan dalam permohonan BR1M bekas suami saya semasa Permohonan BR1M 2016. Adakah suami saya sekarang boleh memasukkan nama saya sebagai pasangan di dalam Borang BR1M 2017? 

J: Boleh. Suami anda sekarang boleh memasukkan nama anda sebagai pasangan. Walau bagaimanapun, anda perlu kemukakan Sijil Perceraian dengan bekas suami dan Sijil Perkahwinan yang baru dan memaklumkan kepada Cawangan LHDNM semasa penghantaran borang permohonan BR1M bagi membolehkan kemas kini dibuat ke atas permohonan bekas suami anda. 


13. S: Pasangan saya merupakan penerima BR1M 2016 tetapi telah menghilangkan diri. Adakah saya boleh memohon BR1M 2017? 

J Anda perlu mengemukakan laporan polis berkenaan pasangan menghilangkan diri bagi membatalkan permohonan pasangan di Cawangan LHDNM dengan mengisi Borang Pembatalan Permohonan BR1M 2017. Anda boleh membuat Permohonan Baru BR1M 2017 dengan berstatus kahwin (sekiranya belum bercerai secara sah). 


14. S: Pasangan saya merupakan penerima BR1M 2016 tetapi telah dipenjarakan. Adakah saya boleh memohon BR1M 2017? 

J Anda perlu mengemukakan surat pengesahan penjara bagi membatalkan permohonan pasangan di Cawangan LHDNM dengan mengisi Borang Pembatalan Permohonan BR1M 2017. Anda boleh 5 membuat Permohonan Baru BR1M 2017 dengan berstatus kahwin (sekiranya belum bercerai secara sah). 


15. S: Pendapatan terkini saya termasuk gaji bulanan, bonus dan lainlain elaun. Apakah jumlah pendapatan yang perlu saya laporkan pada Borang BR1M 2017? 

J: Anda perlu melaporkan gaji kasar bulanan dan lain-lain elaun tetap kecuali bonus bagi semua isi rumah. 


16. S: Bagaimana sekiranya saya tidak mengisi nombor akaun bank semasa Permohonan BR1M 2017? 

J: Anda digalakkan untuk mengisi nombor akaun bank bagi memudahkan dan mempercepatkan urusan pembayaran. Jika tidak, anda perlu menghadiri majlis penyerahan baucar dan penunaian perlu dibuat secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN). 


17. S: Apakah akaun bank yang perlu saya daftarkan ketika Permohonan BR1M 2017? 

J: Anda perlu mendaftarkan akaun bank persendirian yang aktif dimana maklumat pengenalan diri (nama dan nombor pengenalan) ketika akaun bank tersebut dibuka perlu sama seperti pengenalan diri pada permohonan BR1M 2017. Anda boleh merujuk senarai bank yang terlibat pada Portal Rasmi BR1M. 


18. S: Saya hanya mempunyai Kad Pengenalan Lama dan tidak memperbaharuinya lagi. Adakah saya boleh membuat Permohonan BR1M 2017? 

J: Anda perlu merujuk Jabatan Pendaftaran Negara untuk mendapatkan MyKad kerana Permohonan BR1M 2017 mewajibkan penggunaan MyKad sahaja. 


19. S: Saya bukan Warganegara Malaysia. Adakah saya layak memohon BR1M 2017? 

J: Tidak. Bantuan ini adalah untuk Warganegara Malaysia sahaja. 


20. S: Saya merupakan Warganegara Malaysia tetapi menetap di Singapura. Adakah saya layak memohon BR1M 2017? 

J: Tidak. Bantuan ini adalah untuk Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja. 


21. S: Saya merupakan warganegara Malaysia tetapi menetap di Singapura. Adakah saya layak membuat permohonan BR1M dengan menggunakan alamat surat-menyurat di Malaysia? 

J: Tidak. Ini kerana anda telah memberikan maklumat yang tidak benar ketika permohonan dibuat. Anda dengan ini didapati bersalah di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga (3) tahun dan juga boleh dikenakan denda serta disenaraihitam oleh Kementerian Kewangan Malaysia dari menerima BR1M. 


22. S: Bagaimana cara saya untuk mengetahui status permohonan BR1M 2017? 

J: Status permohonan BR1M 2017 boleh diketahui apabila kerajaan mengumumkan mengenai pembayaran BR1M 2017. Pemakluman mengenai status permohonan BR1M 2017 adalah seperti berikut: i. Surat makluman yang akan dicetak dan diposkan kepada pemohon; ii. Portal Rasmi BR1M LHDNM, https://ebr1m.hasil.gov.my; iii. Melalui e-mel berdasarkan alamat e-mel yang dikemukakan semasa permohonan terutama bagi permohonan yang berstatus tidak lulus; iv. Menghubungi LHDNM: 1-800-88-2716 atau MoF: 03-8882 4565 / 4566; atau v. Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM. 


23. S: Bagaimana cara untuk saya mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan BR1M 2017? 

J: Anda boleh mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan melalui saluran berikut: i. Portal Rasmi BR1M LHDNM, https://ebr1m.hasil.gov.my; ii. Menghubungi LHDNM: 1-800-88-2716 atau MoF: 03-8882 4565 / 4566; atau iii. Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM. 


24. S: Jika seseorang memberi maklumat palsu, apakah tindakan yang akan dikenakan? 

J: Seseorang boleh disabitkan kesalahan di bawah seksyen 193 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga (3) tahun dan denda serta disenaraihitam oleh Kementerian Kewangan Malaysia dari menerima BR1M. 


25. S: Maklumat saya telah digunakan oleh individu lain bagi tujuan permohonan BR1M 2017. Apakah yang perlu saya lakukan? 

J: Anda perlu membuat laporan polis dan kemukakan bersama salinan pengenalan (isi rumah), sijil perkahwinan / Sijil Kematian / Sijil Perceraian (jika berkaitan) ke Cawangan LHDNM untuk tindakan selanjutnya. 


26. S: Saya telah disenarai hitam oleh MoF, apa yang perlu saya lakukan? 

J: Anda perlu merujuk kepada Sekretariat BR1M, MoF seperti berikut: Sekretariat BR1M Pejabat Belanjawan Negara Aras 6 Blok Utara Kementerian Kewangan Malaysia No.5 Persiaran Perdana Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62592 Putrajaya. Hotline BR1M MoF: 03-8882 4565 / 03-8882 4566 e-mel: br1m@treasury.gov.my


Read More

Permohonan BR1M 2016 KATEGORI e-KASIH

BR1M kategori e-Kasih

S: Apakah syarat penerima BR1M 2016 dalam kategori e-KASIH 
(RM1,050)?


J: Pemohon BR1M bagi kategori e-KASIH layak menerima amaun BR1M RM1,050 sekiranya melepasi syarat berikut:
i. Pemohon BR1M 2016 yang tersenarai sebagai penerima eKASIH dengan status daftar e-KASIH yang telah disahkan sehingga 6 November 2015;
dan
ii. Permohonan BR1M 2016 dengan kategori Isi Rumah;
dan
iii. Melepasi syarat kelayakan BR1M 2016 semasa semakan agensi;
dan
iv. Pendapatan isi rumah (tidak termasuk bantuan lain yang diterima) adalah RM1,000 ke bawah.

S:Saya merupakan penerima e-KASIH. Adakah saya perlu memohon untuk mendapatkan BR1M 2016?


J: Ya. Anda perlu membuat Permohonan BR1M 2016 dan semakan akan dibuat berdasarkan agensi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) bagi penentuan kelayakan BR1M 2016.


S: Adakah pemohon BR1M 2016 yang berdaftar dengan e-KASIH akan terus layak menerima bantuan BR1M 2016 dalam kategori eKASIH (RM1,050)?


J: Tidak. Permohonan anda akan disemak terlebih dahulu dengan agensi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF). Sekiranya melepasi syarat kelayakan dan pendapatan isi rumah (tidak termasuk bantuan lain yang diterima) adalah RM1,000 ke bawah, pemohon akan layak amaun bantuan BR1M 2016 sebanyak RM1,050. Jika tidak melepasi syarat kelayakan kategori e-KASIH, pemohon hanya layak bantuan BR1M 2016 berdasarkan kategori sedia ada.


S: Saya penerima e-KASIH dan telah menerima BR1M 2015. Adakah saya perlu membuat permohonan semula bagi mendapatkan bantuan BR1M 2016 dalam kategori e-KASIH (RM1,050)?


J: Tidak. Anda hanya perlu mengemas kini maklumat terkini BR1M 2016.


S: Saya telah mendaftar e-KASIH pada 1 November 2015 dan status daftar e-KASIH telah disahkan pada 6 November 2015. Adakah saya tersenarai sebagai pemohon BR1M yang layak mendapat bantuan BR1M 2016 dalam kategori e-KASIH (RM1,050)?


J: Ya. Anda tersenarai sebagai kategori e-KASIH, walau bagaimanapun semakan kelayakan adalah berdasarkan jawapan bagi soalan No. 1.


S: Saya telah mendaftar e-KASIH pada 4 November 2015 dan status daftar e-KASIH telah disahkan pada 7 November 2015. Adakah saya tersenarai sebagai pemohon BR1M 2016 yang layak mendapat bantuan BR1M 2016 dalam kategori e-KASIH (RM1,050)?


J: Tidak. Permohonan anda akan diproses sebagai penerima BR1M 2016 bagi kategori BR1M 2016 selain e-KASIH. Ini kerana status daftar eKASIH anda hanya disahkan pada 7 November 2015.


S: Saya adalah penerima e-KASIH. Semasa permohonan BR1M 2015, saya memohon dengan kategori Bujang. Adakah saya layak untuk mendapat BR1M 2016 dalam kategori e-KASIH (RM1,050)?


J: Tidak. Anda hanya layak bagi kategori Bujang jika melepasi syarat kelayakan.


S: Bagaimanakah cara untuk menyemak status saya sebagai penerima e-KASIH?


J: Anda boleh membuat semakan status seperti berikut:
i. Laman web e-KASIH https://e-KASIH.icu.gov.my;
dan
ii. Hubungi Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU JPM), Pejabat Pembangunan Negeri atau Jabatan Pembangunan Persekutuan (PPN / JPP – Bahagian atau Unit Kesejahteraan Rakyat) 
Read More

Cuti Umum Malaysia Yang Panjang Pada Tahun 2016

Cuti Umum Malaysia Yang Panjang Pada Tahun 2016


cuti 2016

Berkut merupakan jadual cuti-cuti umum Malaysia pada tahun 2016 yang panjang. 

FEBRUARI

TAHUN BARU CINA
SABTU
6
AHAD
7
ISNIN
8
SELASA
9

MEI

HARI PERKERJA
SABTU
30
AHAD
1
ISNIN
2


JULAI

HARI RAYA PUASA
RABU
6
KHAMIS
7
JUMAAT
8
SABTU
9
AHAD
10
SEPTEMBER

HARI RAYA HAJI
SABTU
10
AHAD
11
ISNIN
12


SEPTEMBER

HARI MALAYSIA
JUMAAT
16
SABTU
17
AHAD
18


OKTOBER

AWAL MUHARRAM
SABTU
1
AHAD
2
ISNIN
3


OKTOBER

DEEPAVALI
SABTU
29
AHAD
30
ISNIN
31


DISEMBER

MAULIDUR RASUL
SABTU
10
AHAD
11
ISNIN
12


DISEMBER

KRISMAS
SABTU
24
AHAD
25
ISNIN
26




Cuti Umum
Read More

Perbandingan Skim Perumahan Kerajaan: MyHome, PR1MA, Rumah Mampu Milik SPNB, dan Skim Rumah Pertamaku

MyHome, PR1MA, Rumah Mampu Milik SPNB, dan Skim Rumah Pertamaku

Kita seringkali mendengar skim-skim perumahan yang dilancarkan oleh kerajaan. Sukar bagi kita membuat perbandingan antara skim-skim tersebut dan banyak persoalan yang ditanyakan: Apakah syarat-syaratnya? Adakah saya layak? Dimanakah maklumat lanjut boleh didapati?

Disini, kami menyenaraikan maklumat-maklumat lanjut serta perbandingan di antara skim-skim perumahan yang telah dilancarkan kerajaan. Diharapkan ianya dapat membantu anda mendapatkan serba sedikit gambaran serta penunjuk arah dalam proses permohonan pembelian rumah anda.

Skim

MyHome1


MyHome2


PR1MA

RMM

SRP


Nama Penuh

Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome1)

Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome2)

Skim Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA)

Program Rumah Mampu Milik SPNB (RMM)

Skim Rumah Pertamaku

Agensi
Jabatan Perumahan Negara (dibawah KPKT)

Jabatan Perumahan Negara (dibawah KPKT)
Perbandanan PR1MA Malaysia
Syarikat Perumahan Negara Berhad
Cagamas SRP Berhad, Bank-Bank Terpilih
Harga Rumah
RM50,000 hingga RM90,000 selepas insentif
RM90,001 hingga RM220,000 selepas insentif
RM100,000 hingga RM400,000
Kos rendah
Semenanjung: dari RM35,000
Sabah/Sawarak:
RM50,000

Kos sederhana rendah
Semenanjung: dari RM50,000
Sabah/Sawarak:
RM70,000

Kos sederhana
Semenanjung: dari RM80,000
Sabah/Sawarak:
RM100,000

Bergantung dengan kelayakan
Syarat Pendapatan
Pendapatan isi rumah RM3,000 ke RM4,000

Pendapatan isi rumah RM4,001 ke RM6,000
Pendapatan isi rumah RM2,500 ke RM7,500
Pendapatan isi rumah tidak lebih RM2,000
Tiada syarat pendapatan
Syarat Umur
18 tahun ke atas
18 tahun ke atas
21 tahun dan ke atas
21 hingga 50 tahun
Pinjaman sehingga 35 tahun, umur mesti tidak melebihi 65 tahun di akhir tempoh pembiayaan.

Syarat Lain
Rumah pertama sahaja.

Rumah pertama sahaja
Rumah kedua juga layak.

Pasangan berkahwin hanya boleh mohon sekali.
Tidak memiliki rumah atau tidak memiliki sebarang tanah yang boleh didirikan rumah di mana-mana tempat di Malaysia.
Tidak boleh melebihi 60% daripada gabungan pendapatan bersih bulanan kedua-dua peminjam.

Harta yang sudah siap dan yang dalam pembinaan.

Permohonan Online Disediakan
Ya
Ya
Ya
Tidak
Tidak. Hubungi terus bank-bank.

Cara Buat Permohonan & Info Lanjut


Mohon saudara-saudari LIKE dan SHARE maklumat berguna ini kepada keluarga dan rakan-rakan. :)
Read More